Thursday, December 30, 2010

^~^ Kursus Solat Ustaz Zaharudin @Kg. Lucan ^~^

Pada 2 mggu lepas Ustaz Zaharuddin (Zaharuddin.net) dan famili dtg ke Dublin sempena Kursus Solat Sempurna dan Ceramah Pengurusan Kewangan menurut Islam yg diadakan di South Dublin Football Club...kursus ni dianjurkan dgn inisiatif dari penduduk Kg. Lucan, Dublin...yg kbykannya dah berkerjaya antaranya doktor2, akauntan2, dll yg dah berbelas tahun menetap disini..


Sambutan amat mggalakkan dari warga Melayu Islam kat sini walaupun pd masa tu snow pun dah di tahap kritikal.. Alhamdulillah dgn program yg diadakan ni dptla menilai kembali sejauh mana amal ibadat yg dah dilakukan selama ni yg masih byk harus diperbaiki dan sentiasa harus disemak...apakah amal ibadat yang kita amalkan ini sememangnya dari sunnah Nabi atau hanya ikutan semata2..atau hanya mazhab sendiri yg direka cipta tanpa kita ketahui..

Begitu juga dgn urusan harian kita...mungkin kehidupan harian kita hari ini tanpa kita sedar, kita sebenarnya sentiasa dibelenggu dgn 'riba'...sekecil2 urusan harian kita yg x pernah kita terfikir sbg 'riba', tp krn jahilnya ilmu kita, kita anggap ia adalah biasa...(sblm ni asyik dok pikir PTPTN, loan2 lain je yg riba)....tp ada jalan dan alternatif yg disarankan yg dpt kita contohi dan amalkan utk elakkan gejala 'riba'.. mungkin juga ianya nmpak sukar dan memerlukan pengorbanan yg bkn sedikit...tp spt kata ustaz "demimu Agamaku, kita harus sanggup lakukan apa saja"...dan semoga Allah sentiasa tetapkan hati2 kita dijalanNYa..

Pertama kali mendengar ceramah live dr ustaz dan cara penyampaian yg digunakan amat menarik perhatian dan penyelesaian bg setiap permasalahan dikupas dgn sgt jelas..semoga ilmu2 bermanfaat yg diajarkan akan terus subur dan kekal dlm hati..insyaAllah. Ustaz pun dah nak tamat pengajian PhD kat UK...semoga ustaz terus dikurniakan kesihatan yg baik dan sentiasa dlm rahmat dan perlindunganNya dlm menyampaikan ilmu2Nya..


Sekian....

No comments: