Friday, November 26, 2010

^~^ Ramadhan @ Dublin ^~^

Beberapa program iftar dianjurkan oleh MyPSI dan Embassy diadakan di Malaysia Hall, rakan2 MyPSI yg berkesempatan hadir utk sama2 mghidupkan majlis yg dianjurkan. Aktiviti malam tu diisi dgn solat maghrib dan isyak berjemaah, tazkirah, tadarus al Quran dan solat sunat tarawikh.

Selain itu juga, kami dan rakan2 sekitar Dublin city juga sepakat mengadakan jamuan berbuka puasa secara 'potluck' dan bergilir2 jadi host pada setiap hujung mggu Jumaat dan Ahad. Dgn cara ni dptla merasa menu2 yg dirindui kat mesia…ada nasi dagang, nasi ujan panas, nasi kerabu, sup tulang…dan bermacam lg menu dan kuih2 tradisional yg dipersembahkan oleh mereka yg pakar ☺

Hanya kaum lelaki dan suami2 yg bertadarus dan solat tarawikh berjemaah stiap malam secara bergilir dari rumah ke rumah, tukar2 host…disebabkan kekangan waktu dan pengangkutan, waktu berbuka kat sini pada awal2 puasa dulu lebih kurang pukul 9 malam, dan isyak pukul 10.45 malam dan bas biasanya berhenti operasi pukul 12 malam. kebanyakan dari kami cuma ber“bus” je ke mana2 destinasi kami..dengan hanya 2 kereta yg kwn kami ada, jd kaum lelaki je la yg dpt join terawikh beramai2…kaum2 ibu dan isteri dpt join juga klau umah mereka jd host pd hari tu atau bila iftar kat malaysia hall. Pada malam raya, kaum lelaki dan suami2 turut serta dgn program takbir dari rumah ke rumah. 
 


Takde pic2 makanan...x sempat snap..tggu mkn je..hehhe..


Projek biskut raya @ Rumah Syida

Hampir 26 tahun hidup barulah tahu buat biskut raya sendiri…sebelum ni tolong2 mak, tolong2 yg dah siap adun je, tp tolong makan la yg byk..hihihi..datang sini ada kwn yg suka masak2, semua masakan trmasuk kek, biskut dia pandai buat..dah mcm chef dah..so projek biskut raya ni kitorg buat berdua je, amik masa 2 hari jgk, dr pagi sampai petang..tp puas hatila hasilnya :)

Syida dah duk sini dah lbh 3 tahun..so alat2 utk projek tu semua dia dah ada, kitorg buat dlm 4 jenis biskut je…dan pastinya almond London yg disukai ramai pun ada…pasni dah x yah beli dah ☺ atau sekadar angan2, ntah2 balik Malaysia nnt beli jugak..tp mgkin juga dpt support bisnes kwn2..hihihi..


pic2 biskut  juga xde..cuma snap yg dah letak skit2 dlm blg je..raya kat sini kitorg xde bekas cantik2 la :p 

Thursday, November 25, 2010

^~^ Konvokesyen @ Universiti Malaya ^~^

Konvokesyen master yang berlangsung kat UM pada 3 Ogos lalu..tp x dapat menghadirkan diri atas sebab2 tertentu...tiada kenangan..tiada coretan sejarah pada hari tu...hanya nama yg terpahat di buku konvo UM...


Penyampaian sidang petang yg dijadualkan utk para graduan petang itu disempurnakan oleh Pro Canselor Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah...ermmm x dapatla nak tgk dia spt yg dihajati..hihihi...


tetapi Tahniah pada rakan seperjuangan Malia yg sama2 dpt menamatkan liku2 makan, minum dan tido dgn research...dapatla cilok gambar malia, harap2 dia x mintak royalti lah...hehehhe...



Sedih dan gembira!!!

Monday, November 15, 2010

^~^ Jalan2 @London ^~^

Kami jalan2 ke London utk mengurangkan sedikit rasa sedih sbb x dpt balik konvo pd 3 ogos hari tu...dptla kurangkan sikit tekanan dan ingatan pd event yg tgh brlangsung kat UM masa tu..walaupun sblm tu dah byk babak2 sedih berlaku..tp semua ini sudah ketentuan dariNya :)



Setelah beberapa bulan jauh dari tanahair, kempunan utk berKFC, maka destinasi pertama tour ke London tidak disia-siakan…kat Dublin ada jgk KFC tp x de yg HALAL. Kat area London ni la tempat kwn2 semua lepaskan kempunan mkn KFC..agenda seterusnya kami teruskn dgn jalan2 ke tmpat2 lain yg menarik antaranya Big Ben, Madame Tussauds, Harrods, naik sightseeing cruise..dll...spt dlm pic kat bwh...




















...Tamat kisah London...

^~^ Jalan2 @Belfast ^~^

Pada akhir julai hari tu kami pegi jalan2 ke Belfast, Belfast ni terletak di Northern Ireland, dah masuk jajahan takluk UK…lebih kurang 2 jam je dari Dublin..kami pegi dgn member dari Galway, kak wadah n abg faizzi...pergi dgn tujuan ke carboot sale n window shopping kat the outlet Junction One dan Banbridge..walaupun hajat window shopping tp ada jugak yg terbeli :p..











Selain tu kami ke Queen's University Belfast...dan pusing2 area city dan acara jalan2 tamat dgn bermalam di rumah kawan kami abg roslan.. 




Sekian cerita di belfast....

Sunday, November 14, 2010

^~^ Coretan Pelbagai Peristiwa ^~^

Beberapa kisah dan coretan peristiwa yg dicoretkan di entri ni berlaku sepanjang bermulanya episod baru sebagai seorg isteri dan sepanjang berkenala di bumi Dublin sejak mac lalu, hingga hari ni prasaan masih bercampur baur antara gembira…seronok…sedih…rindu…semua ada. rindu pd family nun jauh dikampung halaman dan semestinya prasaan rindu juga pd kwn2 yg susah senang bsama..makan minum bsama..jalan2 bsama...dan pastinya yg bergosip sama2… (^-^)


Akad nikah @Masjid Bukit Payong # 10 Mac

Majlis akad nikah dilangsungkan di Masjid Kg Bukit Payong.. pada sebelah malam hari rabu...x ramai yg hadir masa akad nikah ni..hanya family terdekat je yg dtg…sedara yang lain ditugaskan@sibuk menguruskan majlis solat hajat dan tahlil kat umah...




Kenduri @Bukit Payong # 11 Mac






Majlis Bertandang @Pasir Mas # 13 Mac




Perjalanan @Jerteh - Kota Bharu – Kuala LumpurLondonDublin # 19 Mac

Seminggu bergelar isteri…rutin normal pasangan pengantin baru pegi melawat umah sedara mara dua2 famili x dpt dipenuhi sepenuhnya, family yg dekat2 je sempat ziarah. sibuk uruskan persiapan berhijrah sementara ke tempat husband..dlm masa seminggu settlekan urusan kenduri, pinggan mangkuk, khemah, pelamin, sijil kawin, gambar kawin, ziarah family baru dan lama ;p….amat2 memenatkan, tapi Alhamdulillah semua selesai sehari sebelum terbang...

start packing barang2 pun malam sblm bertolak tu..tu pun sambil2 melayan tetamu yg dtg umah…mmg kelam kabutla jadinya..then pagi tu terjadilah peristiwa yg mendebarkan yg x tersengaja, terlepas flight dari KB ke KL, nasib baik ada flight lepas tu…ermmm...smpai KL sempat makan2 dulu ngan family yg dah tggu kat airport sementara tggu flight ke London dan tepat jam 3.50 petang Jumaat selamat berlepas meninggalkan Malaysia dgn kenangan pahit hari tu ☺ dan x tahu lg bila dpt balik..walaupun hari2 rasa nak terbang balik..huhuh..

Jumaat mlm sampai London (-8 jam dr malaysia), transit lebih kurang  6 jam dan seterusnya berlepas ke Dublin dgn Ryanair dan tiba di Dublin pagi Sabtu..bermula lg kisah kehidupan baru..dengan suhu lebih kurang 7˚C/8˚C, mmg  teramat sejuk la bagi org yg masih baru ni (dlm lab fsktm aircond 20˚C dah x tahan)…merasa la demam, selsema, batuk2 kulit kering, menggelupas dan simpton2 yg sewaktu dgnnya pada minggu2 awal kat sini..skrg pun ada lg, tp Alhamdulillah dah boleh sesuaikan diri skit...


AGM dan Family Day MyPSI @Malaysia Hall # 10 April

MyPSI (Malaysian Postgraduate Students in Ireland) merupakan salah satu persatuan pelajar postgraduate (master dan PhD) yg terdiri dr kebanyakan yg dah berfamili. event ni boleh dikatakan sesi perkenalan la dgn kwn2 kat sini, dpt jumpa member2 baru yg dtg dr seluruh Ireland tp x semua yg dtg masa ni…dptla bertukar2 cerita dan menambah kenalan facebook  ♥ dpt juga berborak2 dgn member2 melayu lain, klau x bermggu2 ckp dgn suami je lah..






Achill Island @Co. Mayo # 30 April

Setelah sebulan di Ireland, dah dpt adapt sikit2 dgn cuaca kat sini…so dapatla kuar jalan2 luar dari daerah Dublin ni..terubat sikit rasa bosan duk terperap dlm umah lama sgt…tempat ni agak jauh dari Dublin city yg memakan masa lebih kurang 5 jam…kami dgn kwn2 lain bergerak secara konvoi dan berkampung kat sana selama 4 hari sempena program mypsi.. 










Jalan2 @Sligo # Mei

Kami berkampung kat umah kak biyan selama 2 hari… kami pegi dgn uncle Fauzi n aunty…sambil2 melawat cucu kesayangan uncle, si comel zakwan.  Perjalanan 2 jam dari Dublin ke Sligo menelusuri pemandangan dan panorama yang menggamit perasaan dan mngusik jiwa utk kembali nun jauh di kg halaman sendiri… sedikit sedih..ermm..

   

Pemandangan Sligo yg sgt cantik dgn kawasan yg aman damai, sejuk semestinyalah..dihiasi dgn pantai dan lautan…kat sinilah kami dpt merasa menunggang kuda dan rasanya dah x teringin dah naik kuda…pengalaman yg agak menakutkan..hihih..tp tgk budak2 Irish ni selamba jer siap berdiri2 lagi atas kuda tu…heheh







  
MyPSI Colloquium @ Malaysia Hall # 22 Mei

Colloquium ni dianjurkan oleh mypsi utk ahli2 present project master and PhD masing2…juga sbgai platform berkongsi ilmu dan pendapat dr rakan2 lain yang disertai dgn bengkel dan ceramah tentang tips2 penting yg disampaikan dlm slot2 tertentu..Isteri2 dan suami2 yg hanya surirumah/surarumah juga terlibat..ia sebagai pemangkin idea yg mungkin berguna utk further study pd masa akn dtg…insyaAllah…




Sekian coretan utk kali ini...to be continue...