Sunday, November 14, 2010

^~^ Coretan Pelbagai Peristiwa ^~^

Beberapa kisah dan coretan peristiwa yg dicoretkan di entri ni berlaku sepanjang bermulanya episod baru sebagai seorg isteri dan sepanjang berkenala di bumi Dublin sejak mac lalu, hingga hari ni prasaan masih bercampur baur antara gembira…seronok…sedih…rindu…semua ada. rindu pd family nun jauh dikampung halaman dan semestinya prasaan rindu juga pd kwn2 yg susah senang bsama..makan minum bsama..jalan2 bsama...dan pastinya yg bergosip sama2… (^-^)


Akad nikah @Masjid Bukit Payong # 10 Mac

Majlis akad nikah dilangsungkan di Masjid Kg Bukit Payong.. pada sebelah malam hari rabu...x ramai yg hadir masa akad nikah ni..hanya family terdekat je yg dtg…sedara yang lain ditugaskan@sibuk menguruskan majlis solat hajat dan tahlil kat umah...




Kenduri @Bukit Payong # 11 Mac






Majlis Bertandang @Pasir Mas # 13 Mac




Perjalanan @Jerteh - Kota Bharu – Kuala LumpurLondonDublin # 19 Mac

Seminggu bergelar isteri…rutin normal pasangan pengantin baru pegi melawat umah sedara mara dua2 famili x dpt dipenuhi sepenuhnya, family yg dekat2 je sempat ziarah. sibuk uruskan persiapan berhijrah sementara ke tempat husband..dlm masa seminggu settlekan urusan kenduri, pinggan mangkuk, khemah, pelamin, sijil kawin, gambar kawin, ziarah family baru dan lama ;p….amat2 memenatkan, tapi Alhamdulillah semua selesai sehari sebelum terbang...

start packing barang2 pun malam sblm bertolak tu..tu pun sambil2 melayan tetamu yg dtg umah…mmg kelam kabutla jadinya..then pagi tu terjadilah peristiwa yg mendebarkan yg x tersengaja, terlepas flight dari KB ke KL, nasib baik ada flight lepas tu…ermmm...smpai KL sempat makan2 dulu ngan family yg dah tggu kat airport sementara tggu flight ke London dan tepat jam 3.50 petang Jumaat selamat berlepas meninggalkan Malaysia dgn kenangan pahit hari tu ☺ dan x tahu lg bila dpt balik..walaupun hari2 rasa nak terbang balik..huhuh..

Jumaat mlm sampai London (-8 jam dr malaysia), transit lebih kurang  6 jam dan seterusnya berlepas ke Dublin dgn Ryanair dan tiba di Dublin pagi Sabtu..bermula lg kisah kehidupan baru..dengan suhu lebih kurang 7˚C/8˚C, mmg  teramat sejuk la bagi org yg masih baru ni (dlm lab fsktm aircond 20˚C dah x tahan)…merasa la demam, selsema, batuk2 kulit kering, menggelupas dan simpton2 yg sewaktu dgnnya pada minggu2 awal kat sini..skrg pun ada lg, tp Alhamdulillah dah boleh sesuaikan diri skit...


AGM dan Family Day MyPSI @Malaysia Hall # 10 April

MyPSI (Malaysian Postgraduate Students in Ireland) merupakan salah satu persatuan pelajar postgraduate (master dan PhD) yg terdiri dr kebanyakan yg dah berfamili. event ni boleh dikatakan sesi perkenalan la dgn kwn2 kat sini, dpt jumpa member2 baru yg dtg dr seluruh Ireland tp x semua yg dtg masa ni…dptla bertukar2 cerita dan menambah kenalan facebook  ♥ dpt juga berborak2 dgn member2 melayu lain, klau x bermggu2 ckp dgn suami je lah..






Achill Island @Co. Mayo # 30 April

Setelah sebulan di Ireland, dah dpt adapt sikit2 dgn cuaca kat sini…so dapatla kuar jalan2 luar dari daerah Dublin ni..terubat sikit rasa bosan duk terperap dlm umah lama sgt…tempat ni agak jauh dari Dublin city yg memakan masa lebih kurang 5 jam…kami dgn kwn2 lain bergerak secara konvoi dan berkampung kat sana selama 4 hari sempena program mypsi.. 










Jalan2 @Sligo # Mei

Kami berkampung kat umah kak biyan selama 2 hari… kami pegi dgn uncle Fauzi n aunty…sambil2 melawat cucu kesayangan uncle, si comel zakwan.  Perjalanan 2 jam dari Dublin ke Sligo menelusuri pemandangan dan panorama yang menggamit perasaan dan mngusik jiwa utk kembali nun jauh di kg halaman sendiri… sedikit sedih..ermm..

   

Pemandangan Sligo yg sgt cantik dgn kawasan yg aman damai, sejuk semestinyalah..dihiasi dgn pantai dan lautan…kat sinilah kami dpt merasa menunggang kuda dan rasanya dah x teringin dah naik kuda…pengalaman yg agak menakutkan..hihih..tp tgk budak2 Irish ni selamba jer siap berdiri2 lagi atas kuda tu…heheh







  
MyPSI Colloquium @ Malaysia Hall # 22 Mei

Colloquium ni dianjurkan oleh mypsi utk ahli2 present project master and PhD masing2…juga sbgai platform berkongsi ilmu dan pendapat dr rakan2 lain yang disertai dgn bengkel dan ceramah tentang tips2 penting yg disampaikan dlm slot2 tertentu..Isteri2 dan suami2 yg hanya surirumah/surarumah juga terlibat..ia sebagai pemangkin idea yg mungkin berguna utk further study pd masa akn dtg…insyaAllah…




Sekian coretan utk kali ini...to be continue... 

2 comments:

nur said...

bestnye fiza..nnt upload byk lagi eh gamba2 menarik disana..rindu kat fiza..huhhuhu

muza said...

aty: x pandai nak berayat..letak gamba2 jer...hihihi...rindu sgt2 nak balik...huhuu..andainya ada kwn mcm doraemon :p